Thursday, August 11, 2016

Selamat Tinggal..



Allahu... setiap yang mula pasti ada akhirnya.. begitulah lumrah kehidupan...datang dan pergi...dan itu lah yang berlaku kepada hidupku.. esok merupakan hari yang terakhir untuk aku menimba pengalaman di PADLG..











Aku mengharapkan pengalaman dan pengetahuan yang aku perolehi di sini dapat membantu menongkah perjalanan kehidupan aku di masa hadapan..

Datang ku ke sini dalam keadaan serba tidak tahu tentang hal-hal yang melibatkan pengurusan perkahwinan dan sebagainya. Sehinggalah hari demi hari, aku belajar itu dan ini.. terima kasih kepada warga PADLG semua..

Semoga ilmu dan pengalaman itu bukan setakat di sini sahaja, ya.. aku perlu banyakkan mencari ilmu dan pengalaman itu supaya aku tidak rasa takut untuk berhadapan dengan masalah dan manusia di luar sana yang pelbagai ragam...







Insya'allah..aamiin..

Wednesday, July 27, 2016

Kotak Keceriaan

Bulan sinar menyinari kegelapan,
Si murai bertenggek di atas pepohon nan hijau,
Dikala dinihari menyingkap keindahan fatarmogananya,
Kicauan beburung membelah awan dengan riangnya,
Ku mencintai derusan ombak pantai yang mengagumkan,
Inilah yang ku dambakan setiap lorong kehidupanku ini..


Tersedar aku dari lamunan yang mengasyikkan,
Keindahan fatarmogana yang tersergam indah tidak terperinya,
Membuatku terleka sejenak dengan hembusan bayu dingin yang menusuk kalbu,
Sehingga ku menyangka ku berada di alam fantasi yang mengkhayalkan,
Pemandangan yang mempesona itu mendorong fikiranku menyatakan inilah syurgaku,
Kehadirannya seperti kotak yang dihiasi pelbagai keceriaan..


Masihku ingat seorang nelayan yang menggunakan kudratnya,
Untuk menampung kehidupan dengan hasil tangkapannya,
Kudrat itulah yang mampu melawan badai dan ombak menggulung,
Hanya untuk mencari secicit rezeki yang halal,
Lumrah kehidupan itu menjadikan mereka mampu mengharunginya,
Itulah rahsia yang dijanjikan oleh Allah pada setiap kejadian-Nya..







Detik ini tidak lagi ku dengari deruan ombak yang menggamit hatiku,
Mungkinkah hilangnya kotak keceriaanku selama ini,
Ku lihat di langit tiada senyuman sang matahari,
Malah burung juga tidak sanggup menjamah awan,
Pasir memutih kekilauan menjadi arang..



Wahai bangsaku yang ku cintai,
Mungkin ini hanya imaginasiku sahaja,
Ku harap tanggapan itu dilayangkan oleh tiupan angin bayu,
Yang ku mahu mahkota hatiku menyinari buat selama-lamanya,
Mengelapi suasana bagai mutiara di lautan yang dihiasi gemerlipan,
Ku bersyukur ke hadrat Ilahi,
Dikurniakan teman yang boleh mengembalikan ketenangan dan kedamaian..





Wednesday, July 20, 2016

Maafkan..



Terimbau dikala ini kepada sebuah pertemuan,
Sungguh manis tatkala rindu itu menyapa,
Di sebalik senyuman itu menyimpan satu harapan,
Agar jalinan kasih sayang ini kekal abadi.

Menyimpan seribu angan-angan yang sama,
Mahu mencapai langit dan mengapai awan,
Mengorak langkah bersama,
Memegang erat tangan agar impian itu tercapai.

Namaun, terlihat  ikatan itu semakin hari semakin renggang,
Seakan-akan tidak mampu lagi untuk bertahan,
Bagaikan ikatan tali yang mahu terputus,
Satu demi satu ikatan terlerai dan terus terlerai.

Semuanya tidak boleh dicantumkan seperti dulu,
Kerana lidah itu tidak bertulang,
Membuatkan hati mahu menjauh,
Mencari ketenangan yang entah hilang kemana.

Hati semakin hiba melihat ukhuwah itu terlerai,
Seakan seperti ego menguasai diri masing-masing,
Tidak mahu mengalah kepada sebuah persefahaman,
Membuatkan diri ini membawa diri.










Mencari kebenaran setiap yang berlaku,
Hingga membawa diri ini untuk hidup dalam kedamaian,
Memulakan dengan sentiasa berfikir kita hanyalah hamba ilahi,
Mencuba mengukir satu garisan senyuman.

Hanya sekadar yang biasa,
Tidak mahu hati ini kecewa lagi,
Dan ternyata hati ini telah bersedia menerimanya kembali,
Tetapi tidak seindah kisah cerita hati yang dahulu.

Ya, memaafkan dirinya,
Itu yang pasti dikala ini,
Walaupun tidak pasti hari akan mendatang,
Hanya mengharapkan redha Ilahi pada kita semua…



                                                                                                                       Nukilan,                                                                                                                                                                               





Thursday, June 23, 2016

KeJaYaAn..

Alhamdulillah.. Ucapan yang sebaik-baiknya diucapkan apabila seseorang itu memperoleh seseuatu dalam kehidupan.  Ya.. kejayaan.. Aku telah berazam selama ini untuk berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk semester akhir ini..

Kejayaan adalah milik semua orang..semua orang berhak untuk memilikinya dengan pelbagai cara.. Yang pasti bertungkus- lumus dalam setiap tindakkan kita.. Mungkin kita perlu melalui pelbagai kesukaran sebelum menjumpai sebuah kejayaan...







Dalam mencapai kejayaan semestinya mempunyai tujuan yang membawa mereka bersungguh-sungguh untuk memperolehinya..Walaupun susah, mereka mencuba melakukan yang terbaik kerana mind set mereka  telah nampak sesebuah kejayaan walupun impian tersebut masih jauh kehadapan..

Teringat saya pada kata-kata seorang guru ketika saya masih di sekolah menengah.. Beliau berkata, kejayaan itu seperti melantunkan bola ke tembok dinding... semakin banyak bola dilantunkan, semakin banyak bola tersebut melantun semula kearah kita.. walaupun jarak tembok dinding dengan kita itu jauh...Bila difikirkan, benar sekali perumpamaan yang diberikan oleh beliau.. Andai kita bermalas-malasan, manakan kita mampu memperolehi sebuah kejayaan... Yang penting, USAHA, DOA dan TAWAKAL..

Allahu'alam...

Thursday, June 9, 2016

sayang cikgu..

Alhamdulillah.. akhirnya saya bertemu juga dengan insan yang mulia, yang pernah mengajar dan mendidik tanpa jemu... telah ditakdirkan pada 9.6.2016 iaitu pada hari ke- empat menjalani ibadah puasa ramadhan, Allah pertemukan dua orang insan yang dahulunya sangat kami hormati dan sayangi kerana mereka insan yang bergelar cikgu yang telah mencurahkan ilmu kepada kami..

Hadirnya insan-insan ini pada hari yang sama, hanya ucapan alhamdulillah yang dapat saya ucapkan saat ini... Cikgu Rahmat Abdul Rahman bin Isa, seorang guru yang amat disegani kerana kemuliaan peribadinya.. Alhamdulillah, trcapai juga cikgu untuk menjadi seorang ustaz, alhamdulillah.. dirimu sekarang pada mata saya sungguh tawaduk, dirimu adalah seorang yang hebat ketika dahulunya, dan lebih hebat dirimu sekarang kerana darjat keilmuanmu...

Begitu juga, seorang guru yang selalu menjadi pendorong semangat kami daripada dahulu hingga sekarang, Cikgu Mohd Anuar bin Che Soh, pertemuan kita kali ini tidak dirancang...

Ya. sudah pasti aturan jalan hidup ini telah disusun dengan rapi sekali oleh Allah S.W.T. Memilih untuk membuat latihan industri di Pejabat Agama Islam Lenggong, telah membuka jalan kami bertemu dengan dua insan yang mulia ini.

Hari ini, kita telah sama-sama dalam satu meeting, Allahu, mulianya dikau wahai cikgu, martabatmu sentiasa diangkat.. dan kami telah berpeluang melihat dirimu dalam jalan dakwahmu....

Hanya doa dan harapan agar cikgu-cikgu terus istiqamah dalam jalan Allah dan diberikan pahala setiap langkah-langkah mereka dalam medan ilmu...

Kami doakan kejayaan dan keredhaan Allah S.W.T. bersama guru-guru saya..

aamiin...