Rindu,
Rindu sekali
aku tika ini terhadap bayanganmu,
Seorang insan
yang menjaga dan mengawasi diriku,
Terpancar dari
seraut wajah dan tubuh yang kuat,
Mahu saja
sentiasa melihat aku selamat…
Rindu,
Namun itu
hanyalah bayangan sahaja yang aku rindu,
Ataupun
sekadar angan-angan kosong,
Yang tidak
mungkin bayangan itu akan menjelma,
Tetapi,
mengapa tidak engkau??
Mengapa dan
kenapa,
Jawapannya
tidak jua aku temukan,
Mungkin juga
engkau akan menafikan pendirianku,
Kerana aku
adalah aku!!
Tidak mungkin
dapat sama dan kembali serupa,
Seperti mereka
yang kau cari…
Rindu,
Ya, kini aku
semakin sedar dengan emosiku,
Aku sepatutnya
bersyukur dengan setiap yang Allah telah takdirkan…
Ya, mungkin
rindumu itu akan terungkap,
Akan hadir
mungkin besok, lusa atau waktu-waktu
yang
mendatang,
tetapi, rindu
yang kau bisikkan itu tidak bisa
pada bayangan
lamamu,
Kerana dia
adalah bayangan yang wujud saat dan ketika ini,
Semestinya
insan itu, “dia adalah dia.”
“Ya Rabbul
Izzati,
Ku memohon
agar dia akan menjadi insan yang lebih bermakna kehidupan dan akhiratku,
Walaupun tidak
seperti bayangan yang ku rindukan.”
Amin…
Nukilan yang merindui: