Wednesday, July 27, 2016

Kotak Keceriaan

Bulan sinar menyinari kegelapan,
Si murai bertenggek di atas pepohon nan hijau,
Dikala dinihari menyingkap keindahan fatarmogananya,
Kicauan beburung membelah awan dengan riangnya,
Ku mencintai derusan ombak pantai yang mengagumkan,
Inilah yang ku dambakan setiap lorong kehidupanku ini..


Tersedar aku dari lamunan yang mengasyikkan,
Keindahan fatarmogana yang tersergam indah tidak terperinya,
Membuatku terleka sejenak dengan hembusan bayu dingin yang menusuk kalbu,
Sehingga ku menyangka ku berada di alam fantasi yang mengkhayalkan,
Pemandangan yang mempesona itu mendorong fikiranku menyatakan inilah syurgaku,
Kehadirannya seperti kotak yang dihiasi pelbagai keceriaan..


Masihku ingat seorang nelayan yang menggunakan kudratnya,
Untuk menampung kehidupan dengan hasil tangkapannya,
Kudrat itulah yang mampu melawan badai dan ombak menggulung,
Hanya untuk mencari secicit rezeki yang halal,
Lumrah kehidupan itu menjadikan mereka mampu mengharunginya,
Itulah rahsia yang dijanjikan oleh Allah pada setiap kejadian-Nya..







Detik ini tidak lagi ku dengari deruan ombak yang menggamit hatiku,
Mungkinkah hilangnya kotak keceriaanku selama ini,
Ku lihat di langit tiada senyuman sang matahari,
Malah burung juga tidak sanggup menjamah awan,
Pasir memutih kekilauan menjadi arang..



Wahai bangsaku yang ku cintai,
Mungkin ini hanya imaginasiku sahaja,
Ku harap tanggapan itu dilayangkan oleh tiupan angin bayu,
Yang ku mahu mahkota hatiku menyinari buat selama-lamanya,
Mengelapi suasana bagai mutiara di lautan yang dihiasi gemerlipan,
Ku bersyukur ke hadrat Ilahi,
Dikurniakan teman yang boleh mengembalikan ketenangan dan kedamaian..





Wednesday, July 20, 2016

Maafkan..



Terimbau dikala ini kepada sebuah pertemuan,
Sungguh manis tatkala rindu itu menyapa,
Di sebalik senyuman itu menyimpan satu harapan,
Agar jalinan kasih sayang ini kekal abadi.

Menyimpan seribu angan-angan yang sama,
Mahu mencapai langit dan mengapai awan,
Mengorak langkah bersama,
Memegang erat tangan agar impian itu tercapai.

Namaun, terlihat  ikatan itu semakin hari semakin renggang,
Seakan-akan tidak mampu lagi untuk bertahan,
Bagaikan ikatan tali yang mahu terputus,
Satu demi satu ikatan terlerai dan terus terlerai.

Semuanya tidak boleh dicantumkan seperti dulu,
Kerana lidah itu tidak bertulang,
Membuatkan hati mahu menjauh,
Mencari ketenangan yang entah hilang kemana.

Hati semakin hiba melihat ukhuwah itu terlerai,
Seakan seperti ego menguasai diri masing-masing,
Tidak mahu mengalah kepada sebuah persefahaman,
Membuatkan diri ini membawa diri.










Mencari kebenaran setiap yang berlaku,
Hingga membawa diri ini untuk hidup dalam kedamaian,
Memulakan dengan sentiasa berfikir kita hanyalah hamba ilahi,
Mencuba mengukir satu garisan senyuman.

Hanya sekadar yang biasa,
Tidak mahu hati ini kecewa lagi,
Dan ternyata hati ini telah bersedia menerimanya kembali,
Tetapi tidak seindah kisah cerita hati yang dahulu.

Ya, memaafkan dirinya,
Itu yang pasti dikala ini,
Walaupun tidak pasti hari akan mendatang,
Hanya mengharapkan redha Ilahi pada kita semua…



                                                                                                                       Nukilan,                                                                                                                                                                               





Thursday, June 23, 2016

KeJaYaAn..

Alhamdulillah.. Ucapan yang sebaik-baiknya diucapkan apabila seseorang itu memperoleh seseuatu dalam kehidupan.  Ya.. kejayaan.. Aku telah berazam selama ini untuk berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk semester akhir ini..

Kejayaan adalah milik semua orang..semua orang berhak untuk memilikinya dengan pelbagai cara.. Yang pasti bertungkus- lumus dalam setiap tindakkan kita.. Mungkin kita perlu melalui pelbagai kesukaran sebelum menjumpai sebuah kejayaan...







Dalam mencapai kejayaan semestinya mempunyai tujuan yang membawa mereka bersungguh-sungguh untuk memperolehinya..Walaupun susah, mereka mencuba melakukan yang terbaik kerana mind set mereka  telah nampak sesebuah kejayaan walupun impian tersebut masih jauh kehadapan..

Teringat saya pada kata-kata seorang guru ketika saya masih di sekolah menengah.. Beliau berkata, kejayaan itu seperti melantunkan bola ke tembok dinding... semakin banyak bola dilantunkan, semakin banyak bola tersebut melantun semula kearah kita.. walaupun jarak tembok dinding dengan kita itu jauh...Bila difikirkan, benar sekali perumpamaan yang diberikan oleh beliau.. Andai kita bermalas-malasan, manakan kita mampu memperolehi sebuah kejayaan... Yang penting, USAHA, DOA dan TAWAKAL..

Allahu'alam...

Monday, February 29, 2016

Jangan Mudah Lupa Diri..



Secara lumrahnya, manusia ini sering dikaitkan dengan lupa daratan. Mereka lupa dengan kejayaan, kekayaan dan sebagainya yang telah mereka kecapi. Ya, memang amat sukar untuk kita memperolehi kedudukan yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kalau dahulu kita adalah pelajar yang tercorot dalam kelas, seorang pelajar yang tiada keyakinan diri. Namun, tiada lagi istilah tercorot dalam kamus diri mereka. Kerana usaha yang dilakukan mampu menjadikan pelajar tersebut memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ataupun dahulunya hidup dalam serba kekurangan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi, istilah serba kekurangan itu juga hilang apabila mereka berusaha bertungkus lumus membanting tulang untuk menjadikan hidup mereka mewah..









Apa yang saya mahu kaitkan adalah apabila kita sudah berada diatas, jangan sesekali kita lupa orang yang ada di bawah kita. Secara amnya, pencaturan hidup kita ditentukan oleh Allah. Hidup kita seringkali diibaratkan seperti putaran roda, kekadang diatas, kekadang dibawah.. sekelip mata sahaja kita boleh jatuh tergolek dengan kehendak Allah..sekelip mata juga kita boleh bangkit dari jatuh dengan izin Allah juga.
Apa yang saya mahu sampaikan ialah jangan sesekali kita angkuh dengan apa yang kita ada sekarang. Belum tentu sesuatu yang kita kecapi saat ini selama-lamanya digenggaman kita..
Saya amat kesali apabila melihat orang-orang disekeliling kita memiliki sikap angkuh tersebut. Kerana kepandaian yang telah mereka miliki, mereka bersikap angkuh dan kedekut ilmu untuk berkongsi sesuatu yang mereka perolehi. Ya, saya akui tidak semua orang perasan dengan perubahan diri mereka. Namun, dalam tidak sedar ada orang lain yang terhidu dengan tindak tanduk diri kita. Bahkan, mungkin sahaja menguriskan hati orang-orang disekeliling mereka.. menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada, boleh membawa kita kepada kemusnahan diri..
Akhir kata, hidup tak selalunya indah, malam tak selalu cerah, suram malam tak berbintang.. itulah aturan Tuhan… itulah ciptaan ALLAH.. hidup tak selalunya diatas, saat kita pula dibawah, janganlah mudah lupa diri..itulah janji Allah.. itulah ketentuan ALLAH…



SEKIAN, WASSALAM..