Monday, February 29, 2016

Jangan Mudah Lupa Diri..



Secara lumrahnya, manusia ini sering dikaitkan dengan lupa daratan. Mereka lupa dengan kejayaan, kekayaan dan sebagainya yang telah mereka kecapi. Ya, memang amat sukar untuk kita memperolehi kedudukan yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kalau dahulu kita adalah pelajar yang tercorot dalam kelas, seorang pelajar yang tiada keyakinan diri. Namun, tiada lagi istilah tercorot dalam kamus diri mereka. Kerana usaha yang dilakukan mampu menjadikan pelajar tersebut memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ataupun dahulunya hidup dalam serba kekurangan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi, istilah serba kekurangan itu juga hilang apabila mereka berusaha bertungkus lumus membanting tulang untuk menjadikan hidup mereka mewah..









Apa yang saya mahu kaitkan adalah apabila kita sudah berada diatas, jangan sesekali kita lupa orang yang ada di bawah kita. Secara amnya, pencaturan hidup kita ditentukan oleh Allah. Hidup kita seringkali diibaratkan seperti putaran roda, kekadang diatas, kekadang dibawah.. sekelip mata sahaja kita boleh jatuh tergolek dengan kehendak Allah..sekelip mata juga kita boleh bangkit dari jatuh dengan izin Allah juga.
Apa yang saya mahu sampaikan ialah jangan sesekali kita angkuh dengan apa yang kita ada sekarang. Belum tentu sesuatu yang kita kecapi saat ini selama-lamanya digenggaman kita..
Saya amat kesali apabila melihat orang-orang disekeliling kita memiliki sikap angkuh tersebut. Kerana kepandaian yang telah mereka miliki, mereka bersikap angkuh dan kedekut ilmu untuk berkongsi sesuatu yang mereka perolehi. Ya, saya akui tidak semua orang perasan dengan perubahan diri mereka. Namun, dalam tidak sedar ada orang lain yang terhidu dengan tindak tanduk diri kita. Bahkan, mungkin sahaja menguriskan hati orang-orang disekeliling mereka.. menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada, boleh membawa kita kepada kemusnahan diri..
Akhir kata, hidup tak selalunya indah, malam tak selalu cerah, suram malam tak berbintang.. itulah aturan Tuhan… itulah ciptaan ALLAH.. hidup tak selalunya diatas, saat kita pula dibawah, janganlah mudah lupa diri..itulah janji Allah.. itulah ketentuan ALLAH…



SEKIAN, WASSALAM..